TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS PELANCARAN KEM MEMBACA 1 MALAYSIA SMASP 2014
[ALU-ALUAN: ] Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. [ALU-ALUAN: ] Yang Berbahagia Tuan Haji Zakaria bin Ismail, Pengetua SMASP Yang Berusaha En. Bakri bin Omar, GPK 1 Pn Hajah Rokiah binti Shaari, GPK HEM En. Hamzah bin Bakar, GPK Ko kurikulum Penyelaras Pusat Sumber Sekolah dan Ahli-ahli jawatankuasa kerja Guru-guru dan kakitangan seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalamualikum wbrkt.... Selamat Pagi dan Salam 1 Malaysia [ALU-ALUAN] Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnianya dapat kita hadir bersama-sama bagi mejayakan Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia 2011 pada pagi yang mulia ini. Bulan mengambang cantik berseri, Mari dilihat di dalam taman, Kehadiran kalian amat hargai, Terus terpahat zaman berzaman Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, Majlis mengalu-alukan kehadiran sidang hadirin sekalian dan turut merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi hadir bersama-sama ke majlis yang penuh bermakna ini. Untuk makluman sidang hadirin sekalian, Kem Membaca 1 malaysia ini adalah merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini adalah bertujuan membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah dan pembelajaran sepanjang hayat. Program ini akan berlansung selama 1 minggu bermula 31 Oktober sehingga 4 November 2011. Sehubungan itu, Pada hari ini Perlancaran Program ini akan dijalankan secara serentak di kesemua sekolah di Seluruh Negeri di Malaysia. Insyaallah... [BACAAN DOA] Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang penyengat, Angkat tangan jari sepuluh, Doa dipohon biar selamat. Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Hafiz bin Ahmad untuk memimpin bacaan doa. Dengan penuh takzimnya, majlis mempersilakan. (Bacaan doa) Amin amin, Ya Rabb al- ‘ Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz Hafiz Ahmad atas bacaan doa sebentar tadi [PERSEMBAHAN] Amalan membaca amalan mulia Dapat manfaat tinggi faedahnya Menjana Pemikiran 1 Malaysia Itulah matlamat menjadi tema Seterusnya marilah sama-sama kita saksikan persembahan yang akan dipersembahkan oleh murid dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6. Dipersilakan... [UCAPAN PERASMIAN] Buah langsat di tepi busut, Mari dimuat di dalam peti; Besar hajat kami menjemput, Besar niat di dalam hati. Tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Haji Zakaria bin Ismail, Pengetua SMASP untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini . Dengan penuh hormat dan takzimnya, dipersilakan. (Ucapan Perasmian) Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan Pengetua Sekolah atas ucapan dan perasmian sebentar tadi. [NYANYIAN] Maka dengan ini rasmilah sudah Perlancaran Kem Membaca 1 Malaysia SMASP tahun 2014 ini. Untuk itu marilah kita menyanyikan lagu Membaca Gaya Wawasan bersama-sama. [BERSURAI ] Selesailah sudah Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia pada hari ini. Pihak majlis sekali merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua, guru-guru serta kaki tangan dan semua yang menjayakan majis pada hari ini. Jazzakallahu khairan kathira [BERSURAI] Sebelum bersurai, saya menyusun jari sepuluh memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa tersalah bicara semasa mengendalikan majlis ini, semoga berjumpa lagi Sekian وبالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وباركاته |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |